Seo Services

Al Farabi Band Mendarat Kembali

November 02, 2017


Hampir 4 tahun mereka menyepi. Tapi dalam diam mereka tetap berisi. Selepas kemunculan album World New Ethnic pada tahun 2013, Al Farabi Band kembali mendarat ke arena hiburan dengan album terbaru, We Have Landed.

Tatkala ramai artis takut untuk menerbitkan album penuh dan album fizikal dek kerenah pasaran sekarang, tapi seperti biasa Al Farabi Band melawan arus untuk produce album penuh ini secara fizikal dan digital.

Genre Al Farabi Band nak kata nasyid pun tak, nak kata bukan band metal pun tak. Rasanya label metal dakwah sesuai untuk mereka. Bila sebut metal dakwah, peminat nasyid dan metal boleh sama-sama minat band ni.

Sepanjang band Al Farabi ni wujud atas muka bumi ni, setiap album yang diterbitkan memang tak mengecewakan. Semua album dan EP Al Farabi Band dibuat dengan teliti. Produksi album ini cukup berkualiti tinggi sama ada dari aspek cetakan kulit album hinggalah ke kualiti audio.

Kulit Album We Have Landed

Mengenai album ni, We Have Landed mengandungi 12 lagu iaitu Heaven Not Hell, Lagu Untuk Ibu, Apa Sebenarnya, My Loving Child, Form Mula (feat. Sam Cromok), Rijalullah, Insolvensi, Engkau Segalanya, We Have Landed, Yang Ku Rasa, Ha Hi Hu dan New Empire.

Variasi elemen muzik dalam album ni dah cukup untuk membariskan band Al Farabi sebaris dengan band-band metal seperti Cromok, XPDC dan Metallica.

Antara sebab muzik Al Farabi Band diminati ialah kekreatifan mereka dalam memilih judul lagu. Judul lagu yang unik, diadun pula dengan muzik dan lirik yang 'hidup' dah cukup untuk menjadikan album ini mantap!

Lagu Form Mula (feat Sam Cromok) adalah paling menarik untuk didengarkan. Siapa sangka lagu metal mampu mempunyai lirik dakwah. Track Form Mula sememangnya akan 'membangunkan' pendengar yang sedang 'tidur'.

Bagi track Insolvensi, liriknya menggunakan lirik lagu nasyid lama berjudul Mana Milik Kita (nyanyian asal NadaMurni). Pemilihan judul baru untuk lagu ini cukup kreatif. Tak pernah terfikir pun lagu nasyid Mana Milik Kita boleh diubah judulnya menjadi judul yang unik.

Bagi track-track lain, Al Farabi Band berjaya membawanya dengan cukup bertenaga. Bagi peminat muzik metal, album ini memang berbaloi. Dan bagi peminat nasyid tegar, kenalah open minded bila mendengar album ini.

Bagi yang nak beli album ini, boleh layari laman rasmi Facebook Al Farabi Band. Dan anda takkan menyesal bila mendengar album ini.

You Might Also Like

0 comments

Flickr Images

randomposts