Seo Services

Riverside Janda Baik Memang Best!

December 11, 2017


Rasanya dah lama tak luangkan masa untuk bercuti dengan keluarga. Cuti akhir tahun 2017 digunakan sebaik mungkin untuk luangkan masa dengan famili. Susah untuk saya luangkan masa di kawasan peranginan tepi sungai tapi kali ni memang tak lepaskan peluang.

Kali ini lokasi yang dipilih ialah kawasan peranginan Janda Baik, Pahang. Kawasan ni memang tak pernah saya jejakkan kaki sejak lahir. Kampung Janda Baik terletak di dalam daerah Bentong, Pahang. Kawasan ni terdiri daripada majoriti penduduk Melayu.


Terletak di kawasan Hutan Lipur bertanah tinggi, kawasan ini memang sesuailah untuk mereka yang selalu stress. Sebab suhu yang dingin ditambah dengan kehijauan alam dan alir sungai yang jernih dah cukup untuk kurangkan stress di otak.

Kalau dari Kuala Lumpur, masa perjalanan yang diambil lebih kurang 30 minit sahaja. Itupun kalau jalan lebuh raya tak sesak.

Di kawasan Janda Baik, terdapat banyak chalet. Saya dengan famili decide nak pilih chalet Riverside. Riverside Janda Baik boleh dikatakan antara chalet yang terbaik. Kedudukan anak sungai yang terletak betul-betul depan chalet antara sebab utama kami sekeluarga tinggal sini.

Riverside Janda Baik ni ada sediakan pelbagai pakej tempat tinggal. Antaranya ialah pondok bertingkat,pondok simen, pondok kayu, pondok bertingkat, chalet Semi-D,dan Chalet Kampung.
Chalet Kampung Kenanga

Kami memilih Chalet Kampung Kenanga sebab sesuai untuk bilangan ahli keluarga. Not bad facilities! Malah memang selesa. Chalet kampung ni ada sediakan tempat bakar untuk aktiviti BBQ. Tak perlukan aircond sebab memang semulajadi dah sejuk! Tak pernah saya tidur berselimut tapi di Riverside Janda Baik, memang wajib berselimut.
Tempat BBQ turut disediakan di chalet

Chalet Kenanga turut dilengkapi sebuah bilik, dan sebuah bilik air. Kapasiti muatan seramai 9 orang dalam satu chalet. Televisyen turut disediakan. Untuk tuala, lebih baik bawa sendiri termasuk peralatan mandi.

Kawasan Chalet Kenanga

Kawasan sungai di hadapan chalet juga memang selamat. Pihak pengurusan memang cukup jaga keselesaan pengguna sungai.

Kawasan sungai
Kolam kecil dalam sungai turut dibuat dengan meletakkan pasir dan batu. Secara tak langsung, kanak-kanak yang nak mandi memang selamat. Cetek dan mudah dikawal kalau mandi dalam kolam semula jadi tu.

Bagi mereka yang tak nak berBBQ, restoran turut disediakan. Cuma sediakan duit saja.

Restoran di sebelah chalet
Antara kemudahan lain di Riverside Janda Baik

Untuk mereka yang tinggal di kawasan kotaraya, memang digalakkan untuk merasakan keindahan alam semula jadi dekat sini. Percutian kali ni memang puas. InsyaAllah suatu hari nanti datang lagi dengan 'si kecil'. Untuk Riverside Janda Baik, saya bagi 5 Bintang.

You Might Also Like

0 comments

Flickr Images

randomposts